Monday, November 22, 2004
Aku tak menyangka open house semalam akan mendapat sambutan yang begitu hangat. Sejak dari malam Sabtu aku dah sibuk dengan preparation tunang untuk adik ipar aku yang selamat melangsungkan pertunangannya pada hari Sabtu 20.11.04. Even though memang kita tak buat majlis pada hari Sabtunya, mak in law aku suggest hidangkan para tetamu yang datang untuk ikut rombongan lelaki ke rumah perempuan, dengan roti perancis bersama kari daging.
Pada Ahad paginya pulak, aku, Dar dan mak in law dah sibuk buat preparation untuk majlis rumah terbuka hari raya pada petang itu. Memandangkan masih baru minggu pertama kita beraya, aku pon taklah expect akan ada banyak orang yang dapat hadirkan diri. Jadi aku masak ala-kadar je. Nasi minyak, ayam masak merah, rendang lembu, rendang kambing, udang tomato, sambal tumis telur, begedil dihidangkan untuk para tetamu. Macam nak rak aku sengsorang masak all the above except for ayam masak merah yang dimasak oleh mak in law aku dan begedil yang dibuat dan digoreng oleh Dar. Memang panik nak gila sebab this is the first aku masak untuk jemputan yang aku anggarkan dalam 50-60 orang, termasuk kawan-kawan aku, kawan-kawan Dar dan kawan-kawan adik ipar aku. Nasi minyak pulak first trial.. tak pernah-pernah aku try masak pat rumah tapi memang aku tahu resipinya yang senang.
Aku habis masak dalam pukul 1 tengahari. Dah dihidangkan di atas meja, baru aku salin baju dan siap-siap untuk para tetamu yang bakal hadir. Bila tengok jam dah pukul 3 petang dan belum ada satu pon yang hadir, aku fikir makanan pasti terbuang. But I was wrong. My brother was the first to came, although he was also the first to sleep (hehe! bocor rahsia!). Next came my secondary school galfriend, Jaslina & family. Datang jugak akhirnya dia ke rumah aku. Next kopek, came my friends, Mar, Sue, Bon and Jep. Lepas tu baru kawan adik ipar aku sampai. Then came Hani Rock. Then came my cousins, Null & Harm. Sempat the girls buat fear factor challenge with one another pasal air yang Dar buat. Flavour baru yang pasti buat orang tanya-tanya air apakah itu. Bila Momma and Rosli sampai, Momma cakap tu air kickapoo tapi air kickapoo is supposed to have gas tapi ini takde. Yang ada pulak cakap macam air tebu sebab warnanya. Akhirnya Dar revealed, it's ORINDA.. orange plus Mirinda Hijau.. kahkahkah. Joyah and partner came afterwards. Terharu sungguh aku bila Joy pun sudi hadir memandangkan dia kena kerja malam tu and some more, dia tengah puasa enam. Sempatlah dia berbuka pat rumah aku. By then yang lain-lain dah balik sebab the gerls and Jep nak jalan raya tu Bedok and Momma & hubby pulak ada wedding affair pat Ceylon Road. Few moments lepas Joy & partner balik, Mira sekeluarga pon sampai around 7.30 kalau tak silap. Sampai jugak dia satu family. Bukan main jamz lagi si Shira dengan snow cap ngan baju pink karer dier. Memanglah yang paling cute! Sampaikan dah syiok sangat berbual ngan Mira and when they wanted to leave, aku sampai lupa nak amik gambar dia sekeluarga. Teringat-ingat tau sampaikan nak panggil kucing aku Girl terpanggil Mira pulak... Nilah dia baru dinamakan menyesal tak terhingga sampai teringat-ingat.
Lepas Mira balik, then came my cousin, my brother in law's friends and my hubby's friends. Peh ramai sampai nak roboh rumah pak belalang. The best thing is when you know your food that you really cook damn hard & carefully (bismillah punya bismillah bila nak masak tu takut tak jadi) won't be waste. Alhamdulillah, habis jugak nasi minyak sampai terpaksa tambah nasi putih. By midnite, kawan-kawan motor Dar dah berangkat nak balik. Yang tinggal cuma boss and kawan-kawan kerja Dar yang cina. They relaxed and chat till 2am. Mak datuk... nasib baik aku siang-siang dah wakrak pat boss aku yang aku ada appointment spital hari ni and masuk tengahari, kalau tak confirm sampai kerja ngantuk giler.
So, untuk mereka yang sudi datang ke rumah aku semalam, aku nak ucapkan ribuan terima kasih. It was a pleasure cooking and serving you all. Kalau makanan tu tak sedap, aku mintak maaflah berbanyak maaf sebab memang tak pandai nak masak untuk ramai orang. Yang aku dah sms tapi tak dapat datang, aku faham.. tak perlulah nak rasa malu ke apa. Yang aku tak ada contacts tapi kalau korang terbaca post ni pasal open house semalam, aku pon nak minta maaf sebab tak jemput. And lastly untuk yang beriya-iya suruh aku masak pasal kempunan tu lauk, aku siang-siang dah maafkan kau sebab memang kau dah terwell-known sangat dalam perkara macam ni.
Gambar-gambar akan aku upload bila dah siap nanti.
Sekali lagi terima kasih untuk yang hadir. Hopefully I didn't leave any names out.
Friday, November 19, 2004
so it's my 29th birthday today. tak yahlah aku cakap aku rasa macam dah tua.. memang dah tua pon. mungkin pasal dah terlalu banyak sangat enjoyment during my past birthdays, this year seems a lil bit odd having to celebrate a birthday in this condition. which is why, i am so sad to say, i'm not even enjoying myself today, memang takde mood langsung. uwaaaaaaaaaaa.
nevertheless, to all yak dah wish aku happy birthday, thank you very much for your kindness thought.
Nora @ 18:52:19, 18.11.04 : Want to be the first one to wish u a happy birthday! Dah tua pon kau eh! Have fun 2moro!
Hubby @ Home, 18.11.04 : Wah.. tomorrow is someone's birthday. Dah 29 tahun eh...
Adik @ 00:18:48, 19.11.04 : Happy birthday!! Love you very much!! Lil' fratello....
Hubby @ Atas Katil This Morning, 19.11.04 : Happy birthday! (terus dia tido balik....)
Milah @ 09:27:16, 19.11.04 : Happy birthday n best wishes from me. Getting old n older n oldest... Haha
Aelyanti @ 09:35:44, 19.11.04 : Hapy bthday. Semoga dgn bertambah nya usia maka bertambahlah kematangan. Moga dimurahkan rezki.
Momma @ MSN, 19.11.04 : Happy birthday to you.. happy birthday to you.. happy birthday to mummy-to-be.. happy birthday to you..
Mira @ MSN, 19.11.04 : Happy birthday. Semoga dimurahkan rezeki dan ditambahkan keimanan.
Rahman @ 12:01:53, 19.11.04 : Slamat menyambut hari lahir yg ke 29.... dah semakin tua awak ni yer..
Thank you... thank you... thank you for your wishes yang sangat-sangat aku hargai.
Thursday, November 18, 2004
when one just shut oneself from the rest of the world, what does that mean? when one prefers to be alone and just don't care about others, what does that mean? i'm feeling all emo today. dunno why but perhaps because the sms i send to that very dear one was not answered at all. why? am i such a nuisance? am i a bother in any way? or i'm just imagining things. so i understand you're stressed out with your studies. i tried to be there, i tried to be concern, i tried to create a happy atmosphere but all i get is just will-you-please-leave-me-alone looks.
why oh why must i feel so f*cking emotional sometimes. i just hate this feeling that just come and won't go away. sometimes i feel like i'm the only child. sometimes i feel like i don't have anyone to turn to whenever i need someone. sometimes i think i probably am too sensative. but when i am there for someone, i expect the same from that someone. so please, Mr Someone, don't deny me whenever i try reaching you.
and ma is going away this weekend. there goes my console...
***********************************************************
a year older tomorrow. i don't even feel like celebrating. with the engagement preparation for my brother-in-law, the cooking for sunday, i'm already feeling all exhausted. thus this year, i'll just let it pass.
but for those who have given me prezie in advance (you know who you are), thanks so the very much. i appreciate all the thoughts.
Tuesday, November 16, 2004
bila dah balik opis ni, tak rasa pulak duk rumah 3 hari dari hari sabtu hingga ke hari isnin. mungkin penat masih belum hilang dah kena balik opis. nak amik cuti, kawan sepejabat pulak siang-siang dah plan nak long holiday gi bali minggu ni jadi, tak dapatlah aku bercuti panjang. takpe, tahun depan nanti, siang-siang aku apply cuti seminggu. baru dorang rasa. orang nak beraya dia pun nak cuti, nanti cuti raya cina pon dia amik cuti jugak. last-last, aku yang masuk angin keluar asap, main buat sacrifice camni.
menjelang raya pertama, aku sampai rumah mak kul 10 pagi (ni pon kes dah terlambat bangun sebab malam raya tidor lambat). tak sangka pulak adik aku yang pompuan sampai dengan keluarga dia. tension jugak pagi tu, takut kalau pa jadi rimau. tapi alhamdulillah, nampaknya semua ok tapi macam mana nyer ok pon aku tak tahulah sebab aku dan famili, serta ma & adik keluar ke rumah obek (pa nyer kakak) pat toa payoh. pa tak nak jalan sebab dia nak rest. whateverlah pa. pas gi rumah obek, we proceed to rumah nenek geylang (ma nyer mak tiri). oh cik ma ader pat situlah and since aku pat dapur, aku salam cam biasa cuma yang buat aku terkilan, like every other year, bila time balik nak salam tu, dia tido tutup muka dengan suratkhabar. whateverlah cik ma. dari rumah nenek kita ke rumah mak emah (pa nyer kakak yang 2nd) at sembawang. kak baba, kak salmah, cik yaya semua pat sana maka jadi hebohlah suasana bila they notice perut aku yang dah buncit. ditambahkan pulak lepas makan berpinggan-pinggan lontong & ketupat dari rumah ke rumah, makin terserlah lah kebuncitan perut aku tu. dari rumah mak emah, kita turun ke yishun, singgah rumah nenek yishun (ma nyer mak). nenek ngan bik jarah pon happy giler dengan aku dah berisi. 2nd cuculah untuk nenek. and dari rumah nenek, ma ngan aku split. ma & adik naik mrt to bishan manakala aku, dar & bebudak dua orang tu masih jalan-jalan pat yishun central, then after that baru kita orang balik. bila dah sampai rumah, baru rasa heaven sikit.. tilam pon dah memanggil. rasa penat dia padahal baru ziarah 5 rumah. yang buat penat is naik turun bas & mrt.. perjalanan yang mengambil masa panjang. kita sampai rumah pon dah masuk maghrib. bibik ju ngan obeknyer dar pon ada pat rumah. the kids then continue ikut mak in law aku jalan raya while aku laki bini dah landing pat atas katil tapi aku yang gone dulu.
raya kedua pulak, aku bangun siang tapi bila talipon satu-satu nyer rumah yang aku plan nak visit, semua cakap nak kuar. dar kesukaanlah sebab dapat rest pat rumah. kebetulan mak in law aku nak gi rumah sepupu dia and memandangkan last year aku tak visit rumah mak long, sepupu mak in law aku tu, aku ajak dar sekali. so off we went to jurong. dah datang jauh-jauh, sekali mak long takde pat jurong... dia ada pat rumah anak dia pat yishun. nak bo ti nang.. qui bo ti qui.. pas jurong, dar suggest naik cab gi yishun. singgah rumah mak long and then rumah bibik ju. selang berjam-jam kemudian, aku & family plus aidil, adik ipar aku yang kecik proceed to go home sedangkan mak tinggal sebab nak tunggu masri, adik ipar aku sampai ngan bakal dia.
and kita sampai rumah pon nak masuk kul 5 petang. tengok tv, send sms tapi satu habok pon tak keluar. buang-buang $4 aku hantar sms pat suria. and when the night came, aku tidor awal. kul 8 dah ngantok so off i went to bed while dar lagi busy tengok tv and layan tamu that came while i was sleeping. tamu tu adik ipar aku ngan bakal dia and kawan-kawan dia. yang herannya, kul 11 malam leh terbangun coz perut rasa lapar padahal dah makan tadi. so apa then, makan lagi. kalau dah ada lontong & lauk lodeh, ibarat kata... makan sepuluh pinggan pon tak cukup. sememangnya dah feveret, bukan selalu boleh dapat makan macam ni.
dan hari ni even though kena kerja and dar pon tak leh ikut sebab kerja balik malam, tapi aku dah bertekad nak jalan raya jugak lepas kerja ngan bebudak. kalau nak tunggu weekend, alamatnya tak jalanlah nanti. so malam ni, aku nak singgah rumah cik anuar (ma nyer adik) pat tampines. lepas tu, tengoklah camne.
sekian buat hari ini. now, back to work.... boring... !
Friday, November 12, 2004
sedang orang sibuk bekerja minggu lepas, aku bercuti di rumah. sedang orang sibuk bercuti untuk persiapan raya, aku pulak pat opis menunggu saat dan waktu untuk balik dan bersiap-siap untuk raya. sesungguhnya, timetable aku terbalik. dengan muker sedih pagi tadi, cuba slow talk ngan sales director, nak mintak balik setengah hari .. jawapan dier, i'll think about it. phooi! malang sunggoh nasib aku hari ni. maka dengan keizinan masa yang lapang dan mood yang dah takde untuk buat kerja, aku pun apa lagi, surf the net, baca blog orang lain dan in the end, decided nak tulis blog untuk hari ni sebelum the long holiday starts.
tengahari tadi aku terima panggilan talipon dari rumah. anak aku yang besar (besar pun tak besar sangat) yang tipon. dengan suara yang ceria, dia teriak pat telinga aku "ma! abang pass! abang dapat masuk EM2!" aku pun apa lagi, hepi giler lah dengar dia pass. at last dapat jugak dia masuk EM2 setelah penat mulut ni membebel dan mengomel tiap saat suruh dia belajar masa streaming exam dia tempoh hari. "sukalah awak pass. dapat berapa marks untuk each subject? " tanyaku. "mama ni. mana ada marks, sekarang kan dah pakai band." band? report book pakai band? band cina mampos ker? oh, baru aku teringat, maksud dia band/grade 1 2 3 tu. nak kekek jap aku bila dia beritahu band-band yang dia dapat untuk subject dia. pada dia, as long as he all the band tak dicap ungraded, dia dah pass.. padahal, padahal. *sigh* "itu abang cakap pass? pada mama that is not good. english abang dapat 3, melayu abang dapat 3, maths ngan science abang dapat 4. itu abang cakap bagus?" melebih pulak aku. dah budak tu suara down. "tapi abang pass kan, ma." "memanglah pass tapi that is consider just pass. grade 3 kan untuk markah from 50-69? and grade 4 tu untuk markah below 50, maknanya fail kan? dahlah. takpe. as long as abang tak kena stay back. next year, please eh.. kena improve a lot tau." "ok. next year abang belajar betul-betul. abang tak nak main bola lagi." tersengih pulak bibir ni dengar dia cakap gitu. alkisah bebudak, nakkan attention. kesian, kesian. bapak dia pulak, bila aku sampaikan berita ni, kembanglah hidung dia. like father like son, janji pass.
teringat pulak aku bila time aku darjah 4 dulu. yang selalu aku fail ialah subjek maths yang memang aku tak feveret langsung dulu. tapi kalau science, akulah peminat setia. lagi dengan buku crazy science yang ader macam-macam experiment pat dalam. aku suka buat experiment. habis mak aku nyer baking powder atau cuka yang aku kerjakan bila buat science experiment. memang menarik sampai dulu cita-cita aku pon nak jadi scientist. kelakar. kelakar.
sebelum aku conclude blog ni, untuk mereka yang tengah sexcited nak sambut raya hujung minggu ni, aku ucapkan sekali lagi.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. janganlah gelojoh sangat bila menjamu selera tu, takut nanti tak beraya pulak. buat yang memandu pulak, pandu cermat jiwa selamat.
Wednesday, November 10, 2004
Monday, November 08, 2004
dah lama gak aku tak update. kalau pat rumah, memang tak sempat nak update. mana nak buat housework, mana nak layan anak, mana nak layan kucing, mana nak buat persiapan raya, mana internet explorer asyik exit sendiri .. macam mintak kena buang tong sampah, bla bla bla.
so a quick update. aku dah balik opis tapi macam menyesal pulak balik kerja sebab bila aku check mc aku, it's till 8.11.04 (inclusive). phooi.. tahu aku cakap aku mc sampai monday. tapi since aku dah pat opis, bolehlah aku update mana yang patut.
bengkak pat kaki dah kurang sikit sejak jadi budak baik and duduk pat rumah dari monday to thursday.
monday : buat kuih suji
tuesday : buat kuih semperit orange
wednesday : buat kuih semperit chocolate (aku feveret menyemperit .. kerja ringkas)
thursday : kemas bilik yang berselerak.
friday : free.. lek lek atas katil.. buka pat Seoul Garden Bugis ngan 3 galfrens, mira (wif shira & reiqah), momma, nora (wif aniq).
saturday : buat kuih peanut butter M&M. gi geylang pas buka, belikan budak-budak baju kurung, then balik. ntah apa-apa jer! jalan geylang pun tidak. phooi.
sunday : tolong dar paint rumah. cuci bilik mandi.
dah tu jer. sekianlah berita ringkas buat pagi ini.
selamat berpuasa.
Wednesday, November 03, 2004
hello?
hiya honey
it's me again.. I went to see the doctor today
coz ever since you've been gone
i've had a pain deep down inside
he said there's nothing really wrong with me
i'm just missing my man, so honey
please come on home as soon as you can
doctor's orders say there's only one thing for me
nothing he can do coz only you can cure me
says in my condition love's the best physician
he prescribed a potion full or warm emotion
every day.. a lovin' spoonful to be taken
it's the only way to stop this empty
heart of mine from breaking
won't get better till you're back again he told me
doctor's orders need your loving arms to hold me
darling now i know there ain't no doubt about it
i'm so hooked on your love i can't live without it
you're away but please don't treat me like a stranger
doctor's orders say one kiss from you and i am out of danger
please say you understand how i feel honey
i know you've got a lot of things on your mind
oh but i'm missing you so bad
please oh please come on home
sweet isn't it? the kind of lyrics that i'm looking for to ease my agony.
the truth. i'm at loose end. either way, it's a risk to take.
my badly swollen leg or the baby. to scan or not to scan.. to operate or not to operate.. to abort or not to abort. all the fcuking problem suddenly arises now.
the risk. unconfirmed-condition of baby if i decided to go for scan or leg amputation if i decided to prolonged till after birth should they find anything 'serious'.
the only thing now is to pass this memo to my gynae and wait for her opinion. then it's up for me to decide.
god.. life is so unfair sometimes...
Subscribe to:
Posts (Atom)