Thursday, October 28, 2004
ermm.. aku kononnya nak feeling novelist petang ni tapi malas pulak nak type panjang lebar. maka, dengan memendekkan isi kandungan aku untuk hari ini, dengan gembiranya aku istiharkan bahawa hari ini aku tak perlu kelam kabut dan perah otak nak siapkan juadah berbuka. ini disebabkan ma siang-siang dah talipon suruh aku dan famili berbuka di sana malam ini. baru jugak aku selesai berbual dengan ma di talipon. dan ma juga memberi amaran keras supaya aku tidak membeli apa-apa barang makan untuk berbuka seperti yang selalu aku buat sebab menu malam ini ialah :-
1) nasi ambeng - ada lauk sambal goreng, ayam goreng, ikan goreng, begedil, serunding etc.
2) puteri salad durian
3) ondeh-ondeh
4) aku luper
5) aku betul luper
lagi dua menu tu aku luper kuih apa... jangan marah...
jadi, malam ini, nampaknyer muntah kedarahlah aku sekeluarga dengan juadah berbuka seperti di atas. macamlah aku boleh makan semua tu... tapi inilah peluang ma untuk betul-betul enjoy masak seperti dulu. memang ma rajin dan pandai masak tapi situasi sekarang dah tak sama macam dulu. kalau dulu, aku dan adik perempuan aku yang boleh habiskan lauk seperiuk tapi sekarang, apa yang ma masak either dipanaskan sampai berhari-hari atau masuk ke mulut tong sampah. ini disebabkan my little fratello dan pa memang tak makan banyak. kesian ma, cooking talent go to waste. nasib baiklah aku ada dua askar yang memang kaki makan so ma enjoyed cooking for the boys. pat rumah aku pulak terbalik, memang banyak kaki makan tapi kekurangan kaki masak. boley aku cakap gitu?
nak tulis pendek sependek pendeknya pun masih panjang jugak. rasa-rasanya dah lebih 150 patah perkataan ni.. susahlah kalau dah biasa tulis long-hand ni!
Wednesday, October 27, 2004
Sesungguhnya aku DAH BOSAN
Sesungguhnya aku DAH FED-UP
Sesungguhnya aku DAH PENAT
Sesungguhnya aku DAH TAK TAHU NAK BUAT APA LAGI!
Tunggu punya tunggu, jam baru kul 4.27 petang!
Keluh punya keluh, bila nak pukul 5 ni?
Aku nak balik; nak masak, nak main ngan kucing, nak tengok Selera Ramadhan, nak buka puasa dengan anak2, nak cuci baju, nak kasi makan kucing, nak siapkan makan suami, nak gosok baju.
So many things, so little time.... always like that! Benci!
Tuesday, October 26, 2004
outing semalam benar-benar membuatkan aku teringat kembali zaman sekolah dulu. tak sangka, dah lebih 10 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan. 5 sekawan yang pernah sama-sama menduduki zaman sekolah rendah dan kemudian 4 ke sekolah menengah guangyang di bishan manakala 1 ke sekolah menengah braddel di braddel road. tamat zaman persekolahan, maka lenyaplah persahabatan kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. aku, lily dan syalin bagaimanapun masih dapat berhubungan kerana kami berjiran. yanti, yang juga merupakan anak saudara bekas tunangku dulu, juga tinggal berdekatan namun setelah putusnya pertunangan aku dengan pakciknya, putus juga persahabatanku dengannya tanpa sebarang sebab yang aku tahu. nana pula tenggelam dengan kawan barunya setelah habis periksa PSLE dulu.
maka terjadilah pertemuan antara yanti dan kami semua. aku, lily, syalin memang dah pernah keluar bersama dan nana baru kita 'jumpa' semula awal tahun ini. lily menyarankan kita berbuka puasa di lau pa sat memandangkan aku, nana dan syalin bekerja di daerah itu. seperti biasa kalau ada temu janji antara kita, syalin akan menunggu di bawah pejabatku, begitu juga nana. kami tiba dahulu di lau pa sat. lily datang kemudiannya dan tanpa pengetahuan kami semua, membawa yanti bersama. of courselah aku terperanjat katak, begitu juga dengan syalin. aku tak sangka dia sudi nak jumpa kita orang semua. sangkaku, dia mungkin tak akan berbual dengan aku since aku ni kan bekas tunang pakcik dia and that was ermm.. 10 tahun yang lepas?? ok, aku ngaku that time aku terlalu naive, umur baru setahun jagung dah nak bertunang dengan first love. memang benar ada hikmah di sebalik semuanya itu.
berbalik pada kisah berbuka semalam, maka berceritalah kita semua tentang diri masing-masing. aku, lily, syalin dan nana yang sememangnya dah tahu cerita masing-masing, kini menumpukan sepenuh perhatian kepada cerita yanti. since aku tengok dia boleh berbual macam biasa dengan aku, aku pun berbuallah macam biasa dengan dia. sikit pun aku tak sentuh tentang bekas tunang aku. masing-masing dah mendirikan rumahtangga kecuali lily yang masih single mingle triangle. syalin dah beranak dua - seorang lelaki dan seorang perempuan, yanti pula - seorang anak perempuan, aku dan nana sajalah yang sedang mengandung anak pertama. selesai berbuka dan bercerita, kita bergerak dari lau pa sat untuk pulang ke rumah. lily send us home, bermula dari syalin di marsiling, turun ke rumah yanti di woodlands ring, then ke rumah nana di punggol dan aku, biasalah sentiasa yang terakhir sampai rumah sebab lepas hougang, lily dengan mudahnya boleh drive pulang ke bishan.
and the shocking thing was, yanti and lily dah advance gedevance belikan aku hadiah hari jadi since hari jadi aku falls during 1st week of raya and they takut tak sempat nak kasi ni hadiah. lily informed yanti's the one yang ingat birthdate aku. 2nd shocking news. tak pernah aku sangka after all this years, dia masih ingat birthday aku (aku pun ingat birthday dia!). then bila sampai rumah tu, dengan muka tak malunya aku terus buka prezen yang dibalut rapi dan diletak dalam paperbag chomel. omg!! cantiknya rantai dan kerabu yang they belikan. i was of course terlalu gembira tak terkata so aku sms my gratitude. tak sangka yanti masih ingat taste aku. boleh posing buat raya noh! and of courselah, malam tu, aku buka cerita to my darling husband yang setia menunggu aku di rumah (ermm.. aku umpan belikan satay jer.. tak banyak) about yanti's appearance at earlier dinner. then aku pun ceritalah siapa yanti tu, bla bla bla.. yada yada yada.. tapi laki aku sikit pun tak hiraukan sebab dia tengah sibuk repair handphone. chet! then it was a late goodnight past midnite. hantarkan makcik-makcik yang tinggal woodlands tu pon makan 1 jam lebih aku sampai rumah tau. but it was really a good outing and a good thing to meet all back like old time.
Friday, October 22, 2004
A sufficient time spend between husband and wife at home.
A sufficient celebration which felt so real when it's actually nothing.
Happy 30th Birthday My Darling Hubby!
May today bring joy in your life
The only present that I think is special for both of us this year
Is the tiny life that's growing inside me
That's the nicest present for both you and me
I have and love you and this love will remain forever
So what we did at home?
We talk, we sleep, we watch Animal Planet on cable tv and we sleep again
We send the kids away to my mum's place for the night
We went out to Hougang Mall for a stroll and night snacks
And we fall asleep again in each other's arm
A really nothing but it meant so much for one who appreciates stares & gaze
Subscribe to:
Posts (Atom)