Sejak seminggu jatuh sakit, aku jadi malas benar pat rumah. Walaupun takde maid yang tolong, tapi aku bersyukur kerana suami tersayang sanggup tolong buat kerja rumah ie. cuci baju, kemas bilik, jaga baby, feed baby, kasi tidur baby. Bak kata pepatah, suami yang serba boleh, lagi-lagi bila part jaga anak kesayangan. Anak sakit 1 hari dapat massage 1 minggu, mama dia sakit 1 minggu, 1 hari pon tak dapat massage. Adil tak?? Sesungguhnya tidak tapi aku tetap tak boleh komplain sebab kalau takde suami yang serba boleh, mungkin aku yang terkial-kial seorang diri. Anyways, since aku dah tak weak sangat and dah sihat benar, aku angkat baju yang tersidai pat galah luar rumah (yang dicuci oleh sang suami pada hari Isnin). Konon nak lipat since dah kering tapi memandangkan entah berapa tonne washing powder yang hubby dah gi letak pat dalam basuhan, aku terpaksa cuci half of the bajus balik semula, gara-gara sabun yang masih melekat pat basuhan. Ini lah dia suami yang serba boleh. Then semalam, hubby tak kerja malam lagi. But yesterday night, dia nak gi pancing ngan tauke kedai pat bawah blok at Bedok Jetty. Oh, mentang-mentang kau tak kerja malam, asyik dok merayap jer. Ntah pukul berapa dia keluar pon aku tak tahu sebab dah tertidur bila tidurkan baby. At the wee hours in the morning, baby melalak nak susu, nasib baik timing cantik, masa ayah dia dah balik so aku pon apa lagi, aksyen pekakkan telinga and buat-buat tak tahu. Kalau dah boleh gi pancing, takkanlah tak boleh jaga anak pagi-pagi buta. So, si ayah sibuk main dengan baby yang tak nak tidur while the mama buat tahi mata. Last-last, bila dah sampai pukul 5 pagi dua beranak tak tahu nak tidur, asyik gelak sana sini, tetiba singa betina pon bangun, marah dua-dua sekali and terus tutup lampu, habis gelap gelita bilik... baru senyap sikit. Ntah pukul berapa dua-dua tidur pon aku tak sadar sebab aku yang tidur dulu bila bilik dah gelap. Kesian dua beranak, macam anak tiri aku buat.. kherkherkher... gara-gara nak tidur punya pasal.

Hubby sibuk nak beli weekend car untuk baby, katanya. Senang buat transportation during the weekend. Tengok mak!!!! Kalau pasal baby, semua dia sanggup... kalau pasal isteri dia, suruh amik dari kerja pakai motor kapcai pon dia cakap tengok dulu or balik sendiri. Tak ke sedih namanya tu?? Sungguh beruntung nasib kau, Sarah. Kalau kira nasib, abang-abang kau pon tak pernah dapat privilage macam ni. Ayah kau sanggup bertungkus lumus untuk anak perempuan kesayangan dia. Aku pon perempuan, apa dia tak sayang ker??? Phoooooiiiiiii.....